Felda lain yang telah aku lawati: Felda Sungai Tenggi Hulu Selangor
Speker pc ku rosak...
Hari rasanya sungguh tidak indah oleh kerana speker pcku telah rosak dan tidak lagi mengeluarkan suara. Sudah takdir ia setakat itu sahaja memberikan khidmat terbaiknya untuk aku... nak beli baru mau melayang lagi RM oh tidak...
Kampung ku disana
aku rindukan kampung
tempat bermain dan berlari
segala duka dan gembira
berlalu terpahat dialamnya
kini aku jauh dari kampung
aku merantau ke negeri orang
belum ada rezekiku dikampung
nyata semuanya bukan mudah
kawan kawan yang dulu sama
kini tiada jua ada disana
ramai yang keluar merantau
susah hendak bertemu semula
dikampungku mungkin tiada apa
melainkan ibubapa adik-adik dan saudara
namun mereka jua tetap tidak dilupa
apakan daya jarak memisahkan segala
telah berlalu masa mengjngkau dewasa
aku masih disini menunggu panggilan
kembali kepada kampung yang dulu
suatu masa ia akan aku takluki kembali
kajian: Nyamuk dan kitaran hidup
kisah dulu2
Kalau nak cerita kisah dulu2 memang banyak sekali maklum saja aku juga tergolong dalam kategori kanak2 nakal. Pagi2 lepas makan kalau cuti sekolah terus keluar bersama kawan2 masuk ladang kelapa sawit. KAlau tak pergi melastik burung dah tentu pergi berkubang... ermmm mmg aktiviti berkubang menjadi satu aktiviti yang wajib kalau masuk ladang...
Blog pertama - bangkit asal - origin of budak kemehe
hmmm... untuk pertama kalinya pada blog ini aku ingin bercerita sedikit pasal kisah aku dulu2 punya yang dah lama berlalu bukan sengaja nak mengenang yang telah berlalu tapi sekadar melarik kembali sejarah yang telah terlukis didaerah gugusan Felda. Kemahang dua adalah tempat aku dibesarkan setelah kedua ayah dan ibu mula menjadi ahli peneroka pada tahun 1980an.
Archives
pakat bual2 sini
My Blog List
About Me
![My photo](http://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHcXpx4qSksKbvM2Zzn5z29MauFB2RwfPqyAwGy-r3EI6LQFTKAkhkXmvI0LEjHk2awA7Vcb1USCvhpNnyw2DaCqK3MIyHCXTbJtlclsHzfwZ8gqBFMpjQVMUqCqbseW0/s220/rosbaby.jpg)
- king
- Felda Kemahang Dua Tanah merah, Kelantan, Malaysia
- tak tahu nak kata apa...