hmmm... untuk pertama kalinya pada blog ini aku ingin bercerita sedikit pasal kisah aku dulu2 punya yang dah lama berlalu bukan sengaja nak mengenang yang telah berlalu tapi sekadar melarik kembali sejarah yang telah terlukis didaerah gugusan Felda. Kemahang dua adalah tempat aku dibesarkan setelah kedua ayah dan ibu mula menjadi ahli peneroka pada tahun 1980an.
Gugusan Felda Kemahang terbagi kepada 3 iaitu Kemahang 1, 2 dan 3. Boleh dikatakan ahli2 peneroka adalah terdiri daripada rakyat2 Kelantan dan datang dari pelbagai daerah dan kampung seluruh negeri. Dengan kedaifan hidup di tanah rancangan itu pada mulanya telah banyak merubah nasib setiap ahli peneroka yang mana mengerjakan tanah yang diberikan oleh kerajan dengan mengusahakan ladang kelapa sawit sepenuhnya...
Jadi dengan itu kawasan penempatan untuk peneroka sudah tentulah dikelilingi ladang kelapa sawit yang luas terbentang dan berbukit-bukau. Dengan jarak lebih kurang 21Km Kemahang dihubungkan dengan bandar Tanah Merah yang mana menjadi bandar utama kepada setiap peneroka untuk kegiatan ekonomi, kesihatan(hospital), pengankutan(keretapi dan bas ekspres).
Blog pertama - bangkit asal - origin of budak kemehe
Sunday, September 27, 2009
|
digg it
Leave your comment
Posted by king
Published in
sejarah
Archives
pakat bual2 sini
My Blog List
About Me
- king
- Felda Kemahang Dua Tanah merah, Kelantan, Malaysia
- tak tahu nak kata apa...
No Responded To This Post
Leave A Reply
Thanks