Kalau nak cerita kisah dulu2 memang banyak sekali maklum saja aku juga tergolong dalam kategori kanak2 nakal. Pagi2 lepas makan kalau cuti sekolah terus keluar bersama kawan2 masuk ladang kelapa sawit. KAlau tak pergi melastik burung dah tentu pergi berkubang... ermmm mmg aktiviti berkubang menjadi satu aktiviti yang wajib kalau masuk ladang...
Kalau musim kemarau aktiviti menimba ikan memang lumayan habis lubuk atau kubang dalam paya ditimba walau ikan ada atau tak ada itu lain kira... sangup kita orang berjalan berberapa kilometer ke ladang kelapa sawit untuk mencari ikan... dulu mana ada naik motor berjalan kaki sahaja. Kekadang ajer naik basikal. lebih senang berjalan kaki sebab boleh masuk paya dan naik bukit....
Pada musim hujan juga tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti menangkap ikan terutama menggunakan pancing dan pukat... setakat ikan haruan, keli dan seluang itu sudah biasa... ikan2 itu mmg mudah didapati dan memang banyak hidup di paya dan parit... tapi kalai terakhir aku balik kampung dan aku sempat meninjau ke ladang rasanya tempat2 dulu yang pernah aku terokai itu sudah berubah seolah2 tiada lagi ikan2 yang menghuni tempat2 itu... apakah sudah pupus atau ikan2 sudah dihanyutkan oleh arus deras setiap kalau musim hujan tiba pada bulan oktober hingga januari setiap tahun.. atau kerana kesan bahan kimia yang digunakan oleh peladang kelapa sawit seperti baja kimia dan racun rumpai telah menghapuskan hidupan airtawar...
sesekali aku terfikir juga apakah generasi baru difelda masih melakukan akitiviti yang pernah kami lakukan. Aku tidak dapat memastikan keadaan itu oleh kerana aku memang jarang balik kampung. Lagipun adik beradik kat kampung semuanya perempuan sudah pasti dorang tidak melakukan akitiviti seperti aku dulu...
Oleh kerana aku sekarang berada diperantauan dan jarang2 balik kampung dan kalau balik kampung pun tiada kesempatan nak meninjau kedalam ladang dan paya atau parit untuk melihat keadaan yang berlaku mungkin kesempatan aku akan membuat sedikit kajian disana...
kisah dulu2
Monday, September 28, 2009
|
digg it
Leave your comment
Posted by king
Published in
sejarah
Archives
pakat bual2 sini
My Blog List
About Me
- king
- Felda Kemahang Dua Tanah merah, Kelantan, Malaysia
- tak tahu nak kata apa...
No Responded To This Post
Leave A Reply
Thanks