Spesis nyamuk yang digunakan dalam kajian ini (nyamuk gatal)
1- dalam bulatan biru itu dalah telur yang sudah menetas dan belum
2- dalam bulatan merah kelihatan anak jentik2 masih kecil
1- pada hari kedua kelihatan sudah ada jentik2 yang membesar
hari ke-4 larva semakin membesar
Untuk kajian ini seekor nyamuk biasa telah ditangkap setelah dibiarkan ia menghisap darah hingga kenyang. Setelah itu ia dikurung didalam bekas plastik bersama satu bekas berisi air paip jernih.
pada hari pertama:-
- tiada perubahan melainkan ia kelihatan tidur dan kekadang agak kaktif bila waktu malam
hari kedua:-
- baru ia mengeluarkan telur, selepas itu ia mati mungkin tiada makanan dan kelihatan perutnya mengempis
- dalam masa satu hari telur itu mula menetas... jentik2 yang baru menetas sungguh kecil sukar dilihat dengan mata kasar...
hari ketiga:-
- kelihatan jentik2 mula membesar dan aku hanya menambah sedikit yougurt kedalam bekas air... dengan harapan ia akan mendapat makanan...
hari keempat:-
- kelihatan jentik2 atau larva semakin membesar 3 kali ganda tetapi pembesaran mereka tidak sama walaupun mereka menetas pada hari yang mungkin sama...
hari kelima:-
- semua larva dihapuskan. sbb tujuan utama kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa setelah nyamuk betina menghisap darah ia akan bertelur...
- hasil kajian ini telah membuktikan ia memang berlaku kerana darah diperlukan oleh naymuk betina untuk mendapat protin bagi menghasilkan telur setelah ia melakukan proses mengawan dengan nyamuk jantan.
FAKTA LAIN TENTANG NYAMUK:-
Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ). Sumber:- http://ms.wikipedia.org/wiki/Nyamuk
No Responded To This Post
Leave A Reply
Thanks